Wednesday 29 June 2011

Nani tidak mahu tinggalkan Man United

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 19:17 ,

Pemain sayap Manchester United, Nani menegaskan dia ‘tidak akan ke mana-mana’ walaupun dengan kehadiran pemain antarabangsa England, Ashley Young ke Old Trafford.

Pemain Portugal berusia 24 tahun itu berkata dia akan bekerja keras mencari tempat dalam kesebelasan pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas Young berpindah ke kelab berkenaan dengan nilai AS$25 (RM75 juta), minggu lalu.

“Sudah pasti saya tidak akan ke mana-mana,” kata Nani kepada akhbar Straits Times semasa lawatan ke Singapura.

Malaysia vs Taiwan

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 19:05 ,
Kami sudah sedia kekang Taiwan: Safiq

"KAMI sudah bersedia dari segi mental dan fizikal!"

Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

Tuesday 28 June 2011

Norshahrul, Hadi dalam senarai 23 pemain

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 16:55 ,

NAMA Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya berada dalam senarai terakhir 23 pemain untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan malam esok seperti diumum jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal semalam.

Tujuh pelatih digugurkan iaitu Syed Adney Syed Hussein, K. Sasikumar (penjaga gol), Azmi Muslim, Rizal Fahmi Rosid, Hisyamudin Shaari (pertahanan), Yong Kuong Yong (sayap) dan Shahrizal Saad (penyerang).

"Pemain yang digugurkan ini mengalami kecederaan atau baru pulih daripada kecederaan seperti Adney, Azmi dan Shahrizal".

Manchester United membuat bidaan sensasi

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 16:47 ,
MANCHESTER - Manchester United membuat bidaan sensasi bernilai 15 juta pound (RM75 juta) untuk bintang remaja Barcelona, Thiago Alcantara.

Pengurusnya, Alex Ferguson mahu mendapatkan pemain skuad Bawah 21 Sepanyol yang menjuarai Kejohanan Eropah kelmarin dengan membayar secara tunai, namun Barca keberatan untuk menjual pemain itu kepada musuh mereka dalam Liga Juara-Juara.

Monday 27 June 2011

Mexico juara Piala Emas kali keenam

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 17:10 ,

PASADENA, California - Mexico memenangi kejuaraan keenam Piala Emas CONCACAF apabila bangkit daripada ketinggalan dua jaringan untuk membenam Amerika Syarikat 4-2 pada perlawanan akhir di Rose Bowl, semalam.

Pablo Barrera menjaringkan gol keduanya pada minit ke-50 untuk memecah kedudukan terikat 2-2 dan Giovani Dos Santos menambah satu gol pada minit ke-76 untuk Mexico, yang ketinggalan 0-2 hanya selepas 23 minit perlawanan.

Mexico memenangi gelaran juara serantau Amerika Utara dan Tengah kali kedua berturut-turut, seperti mana yang mereka lakukan pada 2009 mengalahkan Amerika Syarikat dan layak ke Piala Konfederasi 2013.

Sunday 26 June 2011

Chelsea beli Radamel Falcao

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 10:20 ,


LONDON - Chelsea hampir memeterai perjanjian membeli penyerang Porto, Radamel Falcao pada harga 26.5 juta pound (RM129 juta), selepas pemain terbabit menerima tawaran kontrak bernilai lima juta pound setahun, secara prinsipal.

Ini bermakna penyerang prolifik Colombia itu yang meledak 39 gol membantu pasukannya menjulang tiga kejuaraan termasuk Liga Europa musim lalu, bakal mengikut jejak bekas pengurus Andre Villas-Boas berhjirah ke Stamford Bridge.

Dia akan secara rasminya menjadi pemain The Blues pada 1 Julai ini.
Berikutan kehadiran Falcao, masa depan Nicolas Anelka dan Didier Drogba kini tampak samar. 

Saturday 25 June 2011

Pusingan ketiga Malaysia akan diketahui 7 Julai

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 22:04 ,

MALAYSIA sudah menempah tempat dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia bersama-sama Australia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, Qatar, Syria dan Uzbekistan bagi saingan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012.

Tiga daripada pasukan-pasukan ini bakal diundi satu kumpulan dengan Malaysia pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 7 Julai depan.

Tiga juara kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertemu sesama sendiri pada 25 hingga 29 Mac 2012 untuk dipilih menentang lawan dari Zon Afrika bagi merebut satu slot playoff.

Jersi baru Aston Villa berjenama Genting

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 21:58 ,
GENTING UK, anak syarikat Genting Malaysia Berhad kini menjadi penaja utama kelab bola sepak England, Aston Villa dalam mengharungi Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, jersi pasukan Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting selama dua musim.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brook dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan kelab terkemuka seperti Aston Villa.

Friday 24 June 2011

Malaysia menewaskan Lebanon 2-1

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 07:00 ,

ONG Kim Swee menyuarakan rasa yakin skuad Olimpik negara mampu membuat kejutan di pusingan ketiga nanti selepas menyaksikan anak didiknya itu menewaskan Lubnan 2-1, malam tadi.

“Kita sedar pusingan ketiga nanti memang sukar, tetapi jika corak permainan sama dan disiplin tinggi dipamerkan, kita mampu membuat kejutan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda itu pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik tamat pusingan kedua kelayakan.

“Walaupun terpaksa bertahan dengan hanya 10 pemain sepanjang 40 minit terakhir, pemain menunjukkan semangat tinggi untuk menang dan sepanjang tempoh itu juga saya tetap yakin kita mampu layak.
“Selepas ini lebih banyak halangan akan dihadapi skuad muda ini dan saya anggap ia sebagai proses pembelajaran yang tidak akan habis. Ini adalah permulaan kepada bola sepak negara.”

Thursday 23 June 2011

Lubnan lebih konsisten

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 18:37 ,

Keputusan seri di gelanggang sendiri di Beirut, Ahad lalu memaksa skuad Olimpik Lubnan turun dengan aksi lebih konsisten pada perlawanan kedua bertemu Malaysia, di Stadium Bukit Jalil, malam ini.

Aksi mantap dan bertenaga selain kekentalan benteng pertahanan anak didik Ong Kim Swee membuatkan jurulatih Lubnan, Samir Saad menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi merobek gawang skuad negara.

Lubnan yang sebelum ini pernah menewaskan Qatar 1-0 dalam perlawanan persahabatan berbanding Malaysia yang tewas 0-4, yakin statistik itu menceritakan potensi sebenar mereka.

Wednesday 22 June 2011

Villas Boas ke Chelsea

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 18:03 ,


LISBON: Jurulatih Porto, Andre Villas Boas kini menghampiri jangkaan berpindah ke Chelsea untuk aksi Liga Perdana Inggeris selepas dia meletakkan jawatan, semalam selaku pengurus pasukan kelab berkenaan yang muncul juara Liga Europa, baru-baru ini.

“Porto sudah diberitahu akan hajat jurulatih, Andre Villas Boas dan dia akan dibebaskan sebaik membayar sendiri klausa dalam kontrak kepada kelab itu yang bernilai A$21.52 juta (RM64 juta),” menurut kenyataan kelab Portugal itu.

Tuesday 21 June 2011

Pelbagai gelaran Guardiola

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 17:51 ,
PELBAGAI gelaran pelik diberikan kepada Pep Guardiola sebaik sahaja dia membawa Barcelona merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2011 dengan menewaskan Manchester United 3-1 pada hujung minggu lalu.

Ada yang menggelarnya sebagai penyajak, model fesyen hinggakan pemikir politik. Dia juga dianggap 'jurulatih remaja' tetapi sebaris dengan pengurus hebat United, Alex Ferguson.

Bayangkan, hanya dalam tempoh tiga tahun membimbing Barcelona, Guardiola telah memberi 10 kejuaraan buat kelab Catalan itu, termasuk dua gelaran Eropah dan tiga trofi La Liga.

Shabery yakin skuad Olimpik akan ke peringkat seterusnya

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 16:40 ,

“ELEMEN kematangan ada tapi sifat yakin harus dimantapkan lagi,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas menyaksikan skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan ketika menentang Lubnan di Beirut, kelmarin.

Hadir menyaksikan perlawanan siaran langsung itu di skrin besar, Dataran Merdeka yang turut disertai kira-kira 1,000 penyokong, malam kelmarin, beliau menilai skuad Harimau Muda memiliki kelebihan daripada saiz tubuh badan menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Monday 20 June 2011

Modric ingin ke Chelsea

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 17:03 ,
LONDON - Luka Modric semalam mengejutkan Tottenham dengan mengisytiharkan: "Saya mahu menyertai Chelsea."

Spurs bertekad untuk mengekalkan perancang utama Croatia itu sekalipun terdapat minat yang tinggi dari dua buah kelab, Chelsea dan juara Liga Perdana England, Manchester United.

Bagaimanapun Modric menjelaskan, dia akan memberitahu pengerusi kelab, Daniel Levy untuk melepaskannya ke Stamford Bridge.

Malaysia ikat Lebanon 0 - 0

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 16:36 ,

Malaysia berjaya mendapat bekalan terbaik apabila mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Sports City, Beirut semalam.

Ia keputusan yang mampu memberikan kelebihan kepada anak-anak buah Ong Kim Swee itu untuk menanti kunjungan Lebanon pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Sunday 19 June 2011

Malaysia Kalahkan Myanmar 2-0

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 17:30 ,


KOTA BAHARU – Skuad kebangsaan mengalahkan Myanmar 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini Sabtu malam.

Gol pertama Harimau Malaya dijaringkan oleh Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-28 berikutan kesilapan pemain Myanmar tidak dapat menampan bola dengan kemas di depan pintu gol yang memudahkan Mohd Amirulhadi memasukkan bola ke dalam gol.