Saturday 23 July 2011

Alexis Sanchez jadi milik Barca

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 08:19 ,

Barcelona mengesahkan kelmarin bahawa satu perjanjian telah dicapai mengenai perpindahan pemain sensasi Udinese, Alexis Sanchez dengan harga £22.9 juta (RM111 juta).

Pemain kebangsaan Chile itu akan menjalani ujian perubatan Isnin depan sebelum menandatangani kontrak selama lima tahun.

Sanchez, 22, telah dikaitkan dengan kelab juara Eropah itu sepanjang musim panas ini, namun dia turut berjaya menarik minat kelab lain seperti Chelsea dan Manchester City.

Friday 22 July 2011

Malaysia XI Vs Chelsea 0-1

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 15:19 ,

Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.

Misi Skuad Malaysia di Stadium Jalan Besar

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 14:58 ,
Skuad bola sepak kebangsaan berlepas ke Singapura semalam dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia, esok.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar republik itu pada 7.25 malam.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal terpaksa meninggalkan empat tonggak akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool Sabtu lalu.

Pemain yang cedera ialah penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Friday 1 July 2011

Terry tetap kapten Chelsea

0 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 10:40 ,

John Terry akan terus menerajui Chelsea sebagai ketua pasukan.Bos baru Chelsea, Andre Villas-Boas berkata, dia meletakkan kepercayaan terhadap Terry, yang disifatkannya sebagai ketua pasukan paling berjaya kelab itu.

Namun, pada masa sama dia tidak menolak kemungkinan mencari pemimpin baru dalam skuad itu, yang berupaya mengambil alih lilit lengan Terry.

Villas-Boas berkata: "John ialah ketua pasukan kelab ini dan dia akan terus memegang jawatan itu, selagi dia terus mempamerkan kebolehan seperti mana sepanjang enam tahun ini.

"Dia amat berjaya sebagai ketua pasukan selama ini dan dia mewakili sejarah kejayaan kelab ini untuk enam atau tujuh tahun lalu.

Kelalaian skuad kebangsaan

1 comments, Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 10:34 ,
KEPUTUSAN 2-1 ketika menentang Taiwan kelmarin diakui masih belum selamat oleh pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Aidil yang membolosi gawang lawan pada minit ke-55 selepas kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini berkata, masih ada ruang yang perlu diperkemaskan sebelum bertemu semula anak buah Lo Chih-Tsung di laman lawan itu Ahad ini.

“Ada kelalaian yang membolehkan lawan menghasilkan gol, mungkin kami agak leka ketika terlalu mencuba mengasak kubu Taiwan. Perbezaan satu gol bukan satu jaminan baik dan kami perlu tingkatkan usaha untuk mengekang asakan lawan nanti.