Wednesday 22 June 2011

Villas Boas ke Chelsea

Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 18:03 ,


LISBON: Jurulatih Porto, Andre Villas Boas kini menghampiri jangkaan berpindah ke Chelsea untuk aksi Liga Perdana Inggeris selepas dia meletakkan jawatan, semalam selaku pengurus pasukan kelab berkenaan yang muncul juara Liga Europa, baru-baru ini.

“Porto sudah diberitahu akan hajat jurulatih, Andre Villas Boas dan dia akan dibebaskan sebaik membayar sendiri klausa dalam kontrak kepada kelab itu yang bernilai A$21.52 juta (RM64 juta),” menurut kenyataan kelab Portugal itu.


Bulan lalu, Villas Boas berkata masa depannya terikat dengan Porto. Dia kini muncul jurulatih termuda memenangi kejohanan kelab Eropah apabila Porto menewaskan kelab senegara, Braga untuk menjulang Piala Europa.

Pernah bekerja dengan Jose Mourinho, dia kini bakal memegang ‘jawatan panas’ di Stamford Bridge selepas Carlo Ancelotti dipecat. - Agensi’

*BHarian

Back Top

0 comments:

Post a Comment