Friday 1 July 2011

Terry tetap kapten Chelsea

Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 10:40 ,

John Terry akan terus menerajui Chelsea sebagai ketua pasukan.Bos baru Chelsea, Andre Villas-Boas berkata, dia meletakkan kepercayaan terhadap Terry, yang disifatkannya sebagai ketua pasukan paling berjaya kelab itu.

Namun, pada masa sama dia tidak menolak kemungkinan mencari pemimpin baru dalam skuad itu, yang berupaya mengambil alih lilit lengan Terry.

Villas-Boas berkata: "John ialah ketua pasukan kelab ini dan dia akan terus memegang jawatan itu, selagi dia terus mempamerkan kebolehan seperti mana sepanjang enam tahun ini.

"Dia amat berjaya sebagai ketua pasukan selama ini dan dia mewakili sejarah kejayaan kelab ini untuk enam atau tujuh tahun lalu.

"Kebanyakan pemain dalambilik persalinan melihat John sebagai pemimpin dan pemain yang memberi motivasi,".

Terry mungkin lega dengan kenyataan itu, namun dia perlu berwaspada memandangkan Villas-Boas pernah menegaskan bahawa dia menilai semua pemain berdasarkan merit semasa, bukan status terdahulu.

Bos Chelsea itu juga memberi peringatan keras kepada seluruh skuadnya supaya mengelak dari menimbulkan masalah luar padang.

Dia menjangkakan setiap pemainnya sentiasa menjadi contoh kepada masyarakat dan tidak mahu melihat tingkah laku buruk menjejaskan reputasi kelab.

"Kami mahukan mereka berjaya sebagai seorang individu, contoh kepada masyarakat. Dengan ciri-ciri itu, mereka layak menjadi ketua pasukan.

"Seperti (Frank) Lampard dan Didier (Drogba), mereka juga pernah menjadi ketua pasukan semasa ketiadaan John.

"Jadi bukan John saja satu-satunya pemimpin, masih ada ramai pemimpin dalam bilik persalinan," ujarnya. - Agensi

Back Top

0 comments:

Post a Comment