Saturday 23 July 2011

Alexis Sanchez jadi milik Barca

Posted by Berita Bola Sepak Terkini at 08:19 ,

Barcelona mengesahkan kelmarin bahawa satu perjanjian telah dicapai mengenai perpindahan pemain sensasi Udinese, Alexis Sanchez dengan harga £22.9 juta (RM111 juta).

Pemain kebangsaan Chile itu akan menjalani ujian perubatan Isnin depan sebelum menandatangani kontrak selama lima tahun.

Sanchez, 22, telah dikaitkan dengan kelab juara Eropah itu sepanjang musim panas ini, namun dia turut berjaya menarik minat kelab lain seperti Chelsea dan Manchester City.

Jurulatih Barca, Pep Gu- ardiola tidak merahsiakan lagi minatnya terhadap pemain sayap tersebut dan akhirnya berjaya membawa pemain buruannya itu selepas perbincangan antara kedua-dua kelab berkenaan.
Kenyataan Barcelona menjelaskan: “Udinese dan Barcelona telah mencapai kata persetujuan mengenai perpindahan Alexis Sanchez.

“Ujian perubatan, majlis menandatangani kontrak selama lima tahun dan juga pengumumannya akan berlangsung pada Isnin ini.”

Sanchez menghabiskan masa tiga musim di Udinese dan meledakkan 12 gol dalam 31 penampilan Serie A musim lepas untuk membantu kelab tersebut menduduki tangga keempat dan layak ke Liga Juara-Juara.
Dia juga merupakan pemain skuad kebangsaan Chile yang mara ke suku akhir Copa America yang berlangsung ketika ini. Mereka tewas kepada Venezuela di peringkat tersebut.

Back Top

0 comments:

Post a Comment